|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 14:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
OPEN HOUSE
|
|
Salaam semua, been so very bz lately.... byk sgt events yg belum dikongsi.... Raya pun dah abih.... dah masuk Dzulqa'edah.... sekarang dah mula menerima undangan utk kenduri Wida' untuk kwn² yg bakal menunaikan rukun Islam ke-5. Plan utk menunaikan umrah tahun ni terpaksa ditangguh atas sbb² kesihatan.... Insya Allah kalau tiada aral melintang, tahun depan akan berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci mengharapkan redha Allah dan menziarahi Rasulullah tercinta... Aminn...
So, entry kali ni berkisar tentang open house raya baru² ni ..... It was a simple one... jemputan pun x ramai mcm last year (which was held cum housewarming). This year, lauk pauk seperti biasa hasil titik peluh sendiri dgn bantuan kakak² yg supportive and very understanding....
Thanx Kak Rose (for the yummy sambal),
Thanx Kak Umi (for the super delicious kuah satay),
Thanx my dearest nephy, Fadhli (for the yummylicious black pepper beef),
Jihan & Dedeng (for the entertainment and for the helpful hand),
Dwi & Turr (for making it smooth sailing).....
& my darling Hubby, the home made satay was extraordinaire, I love you......
For all my fellow LA friends, thanx for coming, thanx for making it merrier.....
Darling Abby.......
Our special signature dish was Nasi Minyak Traffic Light........
THANX ALL......
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Oct-2008 04:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EID MUBARAK 1429H
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Sep-2008 22:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HE MADE IT!!!!!
|
|
We are so proud of him..... Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ni Abang sihat dan walaupun byk dugaan² yg sgt mencabar especially from Adeq, hari² yg kdg² disulami dengan lelehan air mata dan pujuk rayu yg pelbagai, Abang has proved to Ayah..... So, Abang dah x perlu menempel dah di sebelah Adeq kan????
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 13:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AIR MATA SYAWAL
|
|
Sayu...... Hati ini makin sayu
Rindu.... Terkenangkan desa permai
Wajah Ayah Bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahgia Hari Raya
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Sayu...... Hati ini makin sayu
Rindu.... Terkenangkan desa permai
Wajah Ayah Bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahgia Hari Raya
Insya Allah Syawal tahun nih, dah kali ke 3 An sambut Syawal bersama² member² FP tersayang. Entah kenapa, tahun nih, rasa sayu & sebak menjelang Syawal tak tertanggung rasanya. Semalam, An & my beloved Hubby sama² menonton cerekarama IHSAN di TV3. Kisah meruntun hati menyayat jiwa lakonan Zamarul Hisyam sebagai Nordin dan Kartina Aziz sebagai ibu Nordin yg berjaya meninggalkan kesan yg amat mendalam di jiwa An. Kisah berkisar seorang anak tunggal yg lupa diri, menjadi bongkak dan angkuh setelah berjaya menjadi seorang peguam hasil didikan dan pengorbanan ibu bapanya. Setelah Nordin berjaya memujuk bapanya untuk mencagarkan tanah pusaka bapanya bg beliau memulakan sebuah firma guaman, Nordin terus melupakan kedua org tuanya yg sgt menyayanginya dan tidak mengaku bahawa beliau adalah anak kandung seorang polis berjawatan Lans Koperal. Nordin juga berjaya mengahwini isteri tercinta anak kepada seorang Dato yang kaya raya. Akibat derhaka, Nordin tidak sempat memohon maaf kpd ibunya yg telah pegi mengadap Ilahi di hari Nordin mula sedar akan perbuatannya dan berusaha utk memohon keampunan dari ibunya. Nordin akhirnya mati dalam keadaan yg sgt hina.
Namun, apa yang menyebabkan An benar² menitiskan air mata keinsafan apabila Majistret yg membantu Nordin utk kembali ke pangkal jalan diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk bahwa hati seorang ibu merupakan rahsia yang amat sukar untuk ditelah. Sedih, kecewa, berkecil hati & berjauh rasa adalah mainan jiwa seorang Ibu. Jika ada yg teringat kisah Alqamah, pohonlah keampunan dari Ibu tersayang, kerana bukan setakat bermasam muka, tidak mendengar kata, malah mengeluarkan dengusan berbunyi "Uh" pun sudah mencukupi utk menjadikan kita anak derhaka .....
Cerekarama tu juga mengingatkan An kepada satu email yg An terima dari Hubby recently:-
Ibuku seorang pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Bagi An, kesemua rentetan peristiwa di atas tidaklah sehebat pukulan rasa yg An terima hari ini bila menemankan my darling Hubby utk keluar bersama² bershopping dgn Mak & Ayah mertua. Setelah sekian lama tidak keluar bersama² Mak & Ayah mertua kerana kesibukan dan tuntutan kerja, hanya hari ini (Ahad) kami berpeluang untuk mengajak Mak & Ayah utk memilih pakaian dan persiapan raya utk kedua² nya. Wajah Ayah yg semakin berusia amat meruntun jiwa, memandangkan Ayah baru sembuah dari penyakit yg dihidapinya. Mak yang semakin kurus nampak sungguh gembira dan tidak berhenti² bercerita. Bila dibelikan baju kurung dan baju Melayu sedondon, Mak & Ayah hanya tersenyum. Bila dibelikan kasut dan sandal, Ayah tidak henti² mengatakan kasut yang ada masih dapat dipakai ....... Tersentuh hati ini melihatkan sikap rendah diri Mak & Ayah yg tidak mahu menyusahkan anak².... Padahal harga pakaian dan persiapan raya tu tidak akan mungkin menyamai walau 1% kasih sayang dan pengorbanan keduanya yang tiada berpenghujung .... Mak juga tidak putus² berterima kasih, padahal itu tidak perlu, memandangkan sudah jadi tanggungjawab kami berdua utk membahagiakan kedua² nya
Beruntung sungguh my Hubby masih lagi berpeluang untuk menyatakan rsa terima kasih dan berkongsi rasa dan kasih sayang sebegitu rupa .... Kalau lah Mak & Bapak masih ada, pastinya Syawal ini penuh bermakna.......
Buat rakan² FP yg tersayang, An tujukan lagu ini utk korang semua ........ Dan air mata ini seolah² menghukum An buat kesekian kalinya........
Betapa tidak lengkapnya gambar ini tanpa Mak & Ayah....... Al-Fatihah untuk arwah Mak & Ayah .... Semoga Mak & Ayah ditempatkan di kalangan org² soleh dan bertaqwa .... Amiiinnn....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Sep-2008 22:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ADEQ DEARIE
|
|
Adeq.... semenjak dua menjak dah dpt barang idaman dia nih, mcm dah tak ingat hal lain.... balik sekolah jer on Friday, itu la matlamat utama Adeq. Ayah & Ummie dah hilang cara nak control Adeq. Kdg² tu sampai tak ingat makan, tak sempat minum, mengadap PSP....
Ayah la ni, dah terlanjur mencabar Abang & Adeq, and finally Adeq proved to Ayah that he made it! So, no excuse for Ayah at all. Abang didn't manage. But, Abang voluntarily dare Ayah, kalau puasa penuh tahun ni, he would also get one... Insya Allah.... Kesian gak tengok Abang dok menempel kat sebelah Adeq, tunjuk muka seposen tunggu turn nak mengadap barang idaman tuh .....
Ummie doakan Abang terus kuat dan sabar menempuhi hari² puasa yg hanya tinggal 11 hari ..... Amiinn..... Caaayang hero² Ummie nih......
THE REWARD ........
SPECIAL POSE FROM RADZIEN JAWHAREE
EH TADI LUPA SENYUM......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 12:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SALAAM RAMADHAN
|
|
Salaam semua, especially for my FP Superfrens, Kak RinnChan dearie, MamaFami, Kenitra Gayour, Ustaz Fauzi, Mr Jeff the great, Sis Aliz Mie, Mr Ed, Ida Natrah, Intan Omel, Mrs Apple, Aidura Sofiee, Kak Pia, Dib, Eza rasanya belum terlambat to wish you guys.......
Dan sempena bulan Ramadhan Kareem yang penuh keberkatan nih, An nak memohon maaf dan keampunan sekiranya terdapat kata² yg agak keterlaluan, atau komen² yg menyinggung perasaan, harap halalkan segalanya, semoga kehadhiran Ramadhan kali ini akan menambah keberkatan dalam hidup kita sebagai hamba Allah yg lemah......
 
An sangat tertarik dgn poster nih, secara tak langsung mengimbau kenangan zaman dolu² di SMAP Labu Negeri 9, sekitar tahun 1988 - 1992, setiap tahun menjelma sahaja bulan Ramadhan, tadarrus Al-Quran adalah aktiviti wajib yang melibatkan semua putera puteri SMAP. Setiap seorang dari kami akan diberi satu kumpulan Usrah yang akan diterajui oleh Naqibah yang cantik dan lancar bacaannya untuk bertadarrus. Semua aktiviti "prep" dihentikan untuk memberi laluan kepada aktiviti tadarrus ini. Biarpun berada jauh dari keluarga ketika itu, masa yang dipenuhkan dengan aktiviti² ibadah yang sangat mulia nih, menyebabkan hati lupa seketika untuk bersedih kerana berpuasa jauh di rantauan. Setelah tamat aktiviti tadarrus yang biasanya dijalankan antara waktu Zuhur & Asar, masing² bersedia untuk berbuka puasa bersama² di dewan makan. Walaupun lauk yang dihidangkan sgt sederhana, hati berbunga² gembira kerana dapat bersama² menjalankan `ibadah puasa yang hanya datang sekali setahun dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Kemudian, kami berebut² bersiap sedia untuk menjalankan `ibadah solat tarawih secara berjemaah di musolla Puteri. Di waktu malam ramai yg mengambil peluang untuk tidur di Musolla agar berkesempatan utk menjalankan Qiyamullail...... Subhanallah..... terbayang betapa suci nya hati di waktu itu..... Yang An pasti pada tahun² peperiksaan, bulan Ramadhan lah yg paling ditunggu² untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah mengharap keberkatan dan keredhaan..... Yang paling best An tidak pernah ketinggalan terpilih untuk menyertai kumpulan khatmul Quran yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dan An juga sgt pasti sepanjang 5 tahun berada di SMAP, An x pernah terlepas peluang untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan..... Bersyukur nya An diberi Allah SWT peluang untuk menjejakkan kaki ke SMAP dan menimba ilmu agama dan mendapatkan pengalaman paling berharga sepanjang hidup An yg akhirnya membantu An untuk menjalani dan membentuk kehidupan yang ada sekarang..... Terima kasih Ya Allah..... Terima kasih juga buat ustaz², ustazah² dan guru² SMAP yang tersayang yg telah byk mengajar, mengorbankan masa dan tenaga, mencurah bakti menabur ilmu buat kami sepanjang kami menjalani kehidupan sebagai pelajar di SMAP Labu Negeri Sembilan....... semoga tahun ini kita semua diberi peluang utk menambahkan `ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ....... dan sekiranya diizinkan Allah Ta'ala..... bertemu malam yang penuh keberkatan, malam rahsia yang lebih baik dari `ibadah seribu tahun, Lailatul Qadr....... Tahun nih, An & beloved hubby have decided that we are gonna train our beloved Abang to tamat puasa, Insya Allah....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 12:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KL TRIP JULY 2008
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jul-2008 13:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ABANG'S & ADEQ'S ACTIVITIES
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jun-2008 11:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HAPPY 7TH ANNIVERSARY
|
|

Satu Cerita Cinta
Di hari dia melahirkan cintanya
Dia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta..."
Di hari perkahwinannya
Dia berkata kepada isterinya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta..."
Di hari-hari kemudiannya
Dia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."
Alhamdulillah, as have been planned earlier, our 7th Anniversary was spent at Miri Marriott Resort & Spa...
Last year, our 6th Anniversary Hunnymoon was sponsored by someone @ Parkcity Everly Hotel.
So, this year me & my beloved Hubby decided to treat our little family with something new and lovely.
Upon arrival, surprise!!!! We've got a sweet and lovely compliments from the Hotel Management.....

Warmest thanx and appreciation to Debora, George, Tini, Jolly...... Mmuahh
We're given the poolview chalet and the view was superb as we also enjoyed the sunset from our room
Then, we spent our lovely time together with Abang & Adeq, and upon Abang & Adeq's request we went out for movie...... The Chronicles of Narnia... Prince Caspian.... Hmmmm before the movie, Abang & Adeq sempat la jugak berangan jap.....
  
Sayang, thanx a zillion for the lovely gift and most cherished moments.....
I love the life we've made together,
and I don't know how it's possible,
but I love you even more now than I did then.
Thanks for these wonderful years.
The life we've made together means the world to me,
and I love you more than ever.
Thanx for being such a great, wonderful husband & a loving, caring Ayah.... mmuahh
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 07:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ATAS NAMA CINTA
|
|
Atas nama cinta hati ini
Tak mungkin terbahagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta kurelakan jalanku merana
Asal ngkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
|
|
|
|
|